Thursday, 12 January 2012

RUMAH WARDINA SAFFIYAH DI ROMPAK



Takziah untuk wardina..Rumah Wardina kena rompak....aduyai...apa nak jadi la dengan perompak-perompak ni...masuk negara orang buat jenayah...dah la diorang menyamar pakai tudung.....eeeee...lagi la orang asing takut tengok muslimah bertudung...mesti diorang kata penjenayah lagi...tunggu la balasan nanti...moga wardina & family tabah lalui dugaan dari Allah ni.....ni keratan berita yang di cilok dari berita harian online...:)

2012/01/12

Kuala Lumpur: Personaliti TV, Wardina Safiyyah Fadlullah, 33, kerugian kira-kira RM20,000 selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa di sini dirompak oleh tiga lelaki yang memakai tudung. 

Perompak berkenaan dipercayai warga Indonesia berdasarkan kepada percakapan mereka.

Ketika kejadian yang berlaku pada jam 3.15 pagi itu, suami Wardina, Ikhwan Johari, 36, dipukul di kepala dan kaki menggunakan pemutar skru serta batang kayu sebelum diikat menggunakan wayar selama 45 minit.


wardina&ikhwan



No comments:

KLIK!KLIK!ENTRY PENA

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...