Wednesday, 11 January 2012

KISAH LIMAU DAN TAHUN BARU CINA

Haaaaaaaa....sekarang ni g mana pun mesti ada limau kan..termasuk la kat opis ni..dah mula di penuhi limau..sedap kan...ya la..dah nak dekat tahun baru cina...

KAD RAYA
Tengok la tu..banyak dah kan kad untuk tahun baru cina kat opis ni..tu yang tampal kat ding2..sapa datang boleh baca...

LIMAU???
ha..yang ni lagi la...sedap....ada la dapat panggilan dari seorang supplier..dia kata mengikut kalender cina,tahun ni ada 13 bulan...dia 4 tahun sekali bulan cina ada 13 bulan..kalau kalender masihi tahun lompat la bulan Febuari ada 29 hari....

Limau



Ha...tu dia..banyaknya vitamin C...hehehehe....lepas ni boleh la kutip ang pau pulak...hehehe...

Jom kita baca kisah perayaan tahun baru cina..saya google tadi jumpa kat wikipedia melayu...ni kisahnya..

TAHUN BARU CINA
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. 

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itikdaging salaisosej, kuih pulut, danlimau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singaakan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar ChinaHong KongIndonesiaMacauMalaysiaFilipina,Singapura,[1] TaiwanThailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia(Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).




No comments:

KLIK!KLIK!ENTRY PENA

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...