Friday, 13 January 2012

PAPA BACA KUAT-KUAT YA!!!



Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati
hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan
saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri.
Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.
Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap
terlalu manja.

"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak
dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku

baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena
mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,
memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah
Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah. "Kan
papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah,
papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata
dia tidak mahu mengalah.

"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkah permata
hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka
saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia
beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke
arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan
kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia
menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu, dua
minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena
tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas
memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan
bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.

"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil
tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah
bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap
makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya.
Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak
terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu
dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika,
sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran
mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak
dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum
meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai
diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak
saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat
hatinya.

"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya
dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya
tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama,
Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka
matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun
sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya
membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di
tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.

Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri
dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan
cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil
Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan
berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar
jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, saya bacakan
sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya
bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti
menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap
Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka
matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.
Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.
Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk
selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima
kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena
masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun
berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan
oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang
bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

Thursday, 12 January 2012

RUMAH WARDINA SAFFIYAH DI ROMPAK



Takziah untuk wardina..Rumah Wardina kena rompak....aduyai...apa nak jadi la dengan perompak-perompak ni...masuk negara orang buat jenayah...dah la diorang menyamar pakai tudung.....eeeee...lagi la orang asing takut tengok muslimah bertudung...mesti diorang kata penjenayah lagi...tunggu la balasan nanti...moga wardina & family tabah lalui dugaan dari Allah ni.....ni keratan berita yang di cilok dari berita harian online...:)

2012/01/12

Kuala Lumpur: Personaliti TV, Wardina Safiyyah Fadlullah, 33, kerugian kira-kira RM20,000 selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa di sini dirompak oleh tiga lelaki yang memakai tudung. 

Perompak berkenaan dipercayai warga Indonesia berdasarkan kepada percakapan mereka.

Ketika kejadian yang berlaku pada jam 3.15 pagi itu, suami Wardina, Ikhwan Johari, 36, dipukul di kepala dan kaki menggunakan pemutar skru serta batang kayu sebelum diikat menggunakan wayar selama 45 minit.


wardina&ikhwan



Wednesday, 11 January 2012

KISAH LIMAU DAN TAHUN BARU CINA

Haaaaaaaa....sekarang ni g mana pun mesti ada limau kan..termasuk la kat opis ni..dah mula di penuhi limau..sedap kan...ya la..dah nak dekat tahun baru cina...

KAD RAYA
Tengok la tu..banyak dah kan kad untuk tahun baru cina kat opis ni..tu yang tampal kat ding2..sapa datang boleh baca...

LIMAU???
ha..yang ni lagi la...sedap....ada la dapat panggilan dari seorang supplier..dia kata mengikut kalender cina,tahun ni ada 13 bulan...dia 4 tahun sekali bulan cina ada 13 bulan..kalau kalender masihi tahun lompat la bulan Febuari ada 29 hari....

Limau



Ha...tu dia..banyaknya vitamin C...hehehehe....lepas ni boleh la kutip ang pau pulak...hehehe...

Jom kita baca kisah perayaan tahun baru cina..saya google tadi jumpa kat wikipedia melayu...ni kisahnya..

TAHUN BARU CINA
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. 

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itikdaging salaisosej, kuih pulut, danlimau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singaakan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar ChinaHong KongIndonesiaMacauMalaysiaFilipina,Singapura,[1] TaiwanThailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia(Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).




LOYANG KE GOYANG????

Ha..ni saja la nak share pengalaman pertama saya buat kuih tradisional ni...kuih loyang..ada orang panggil kuih goyang...ada orang panggil kuih ros..macam-macam la..saja la mintak tolong mak ajarkan buat kuih ni..konon2 nak belajar la kan...mak pun ajar la kitorang 3 beradik ni buat...tapi test sikit dulu takut tak jadi....

Bahan-bahan:
1.Tepung beras 500gm
2.Santan siap beli kat kedai RM2(santai fresh tau...santan segera tak sodap)
3.Telur gred C 2 bijik
4.Garam dan gula secukup rasa
5.Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:
1.Bancuh semua bahan 1 hingga 4.(jangan cair sangat jangan pekat sangat..agak2 je)
2.Panaskan minyak dan letak acuan dalam minyak tu biar betul2 panas
3.Bila dah panas baru la celupkan dalam adunan tadi..tp jangan celup semua sebab nanti dia tak nak tanggal dari acuannya.(nak tau macam mana acuan dah betul2 panas,masa letak dalam tepung tu dia berbunyi macam kita menumis..hehehehe)...Kalau acuan tak panas..maka tak jadi la...huhuhu...
4.Letak acuan yang dah di celup tepung dalam minyak dan tunggu dalam 30 saat pas tu angkat acuan dan goyangkan acuan...bila dia dah tertanggal,goreng la sampai kekuningan dan angkat....

Saya pun masa celup kali pertama memang tak jadi la...tersilap celup penuh bunganya...jadi dia tak nak tanggal la...buat 2,3 kali baru la jadi....jom la sama2 kita buat...seronok....puas dapat makan kuih loyang yang tak berapa nak kembang bunganya buatan sendiri...hehehehe...

ADUNAN YANG TELAH SIAP DI BANCUH

DAH CELUP DALAM ADUNAN BIARKAN SELAMA 30 SAAT

SELEPAS 30 SAAT JOM KITA GOYANGKAN DIA

TARAAAAAA...TOSKAN MINYAK NYA

MASUKKAN DALAM TONG DAN SEDIA UNTUK DI HIDANG BERSAMA TEH DAN KOPI..HEHEHE

CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI

CARA RASULULLAH JAGA KESIHATAN




PETUA IMAM SYAFIE


Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas



Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih



Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama




4 CARA TIDUR



1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.



2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.



3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.



4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



doa.

zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

KOLEKSI AKSI SI COMEL

Hari ni agak sibuk dengan kerja yang agak menimbun..so,curi2 masa sat hilangkan stress buat entry koleksi si comel..jom layan..zassssssssss.......

hai...comey tak saya???

good

nantuk ni...

haiii...

adehhhh...tak muat dah baju...kena beli baru ni..

apa tengok2?

jangan kacau...

wat entry baru jap

repair jangan tak repair


Add caption

apa tu???

kita minum dulu......

minum lagi...

senaman jap.....

Tuesday, 10 January 2012

YA ALLAH..TETAPKANLAH IMAN KU



Apabila iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada. Rasulullah sendiri sering berdoa:
“Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”.
Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi. Doa baginda:
“Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”.
Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?
Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.
Kali ini ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:
  1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
  2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
  3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
  4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
  5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
  6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
  7. Berat dalam mengingat Allah.
  8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
  9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
  10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
  11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
  12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
  13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
  14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
  15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
  16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
  17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
  18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
  19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
  20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.
Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
  1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
  2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
  3. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
  4. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
  5. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
  6. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
  7. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
  8. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
  9. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
  10. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
  11. Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
  12. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
  13. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.

TERIMA KASIH SEBAB SAYANG DAN TERIMA SAYA

Alhamdulillah…terima kasih ya Allah..syukur padaMu ku ucapkan…tak terhenti ucapan ini saya ucapkan. Dalam kesibukan saya bekerja…tapi,saya tak pernah melupakan orang-orang yang saya sayang terutamanya keluarga saya.

Buat masa sekarang saya mempunyai sedikit masalah di opis. Bukan masalah kawan-kawan,tapi masalah pengurusan. Tapi,bukan itu yang saya nak share ..sebab kalau share benda ni boleh beruban saya di buatnya..hehehehe….

Hari ni,bukan lah saya nak bangga atau menunjuk jauh sekali. Saya Cuma ingin berkongsi rasa kegembiraan saya dengan semua. Dalam masa Allah menguji saya…tetapi rupanya Allah jugak telah memberikan senyuman buat saya. Jika kat opis saya tertekan sikit dengan keje,tapi bila balik rumah..senyum,tawa,gembira itu ada bersama insan-insan yang saya sayang.

Masa study dulu saya selalu dapat hadiah dari teman-teman seperjuangan yang saya sayang…kalau diorang baca entry ni mesti diorang tau. Setiap kali tiba je hari jadi atau hari terakhir semester mesti beli hadiah dan tukar-tukar hadiah. Sampai tak muat beg nak isi...hehehe...Harga bukanlah ukuran. Tetapi ingatan tu lah yang paling mahal.Terima kasih ya Zue,Raudhah,Rehan,Fiza & Jue…hadiah korang kak long still simpan…kenangan sampai sekarang. Gambar kita bersama kak long letak dalam frame yang fiza bagi waktu last semester tu. Tapi,tak leh la nk upload letak kat entry ni sebab hanya kita-kita je boleh tengok kan.sayang korang sangat2..Alhamdulillah..Allah dah temukan kak long dengan sahabat2 yang comey,baik dan selalu bersama kak long dalam susah dan senang sampai sekarang walaupun dah tak dapat nak tido sekatil,makan sesame,jejalan sesame..sob..sob..rindu pulak saat itu.

Lepas habis study…jarang dah dapat hadiah..tp 8hb Januari 2012 hari Ahad baru ni..saya dapat hadiah istimewa dari insan-insan yang saya sayang. Terkejut sangat..sebab tak pernah harap apa-apa pun. Diorang dah sayang saya pun dah cukup bagi saya. Tapi,syukur sangat sebab rupanya diorang tak pernah lupakan saya.

Nak tau tak hadiah apa yang saya dapat???Ok..jom la kita tengok sama-sama….



Ha..ni dia..tudung ni..mak saya belikan... suka pakai tudung ni sebab dia kemas dan selesa... tapi tudung ni tak lah berapa labuh..tp still melepasi dada.. 




Yang ni pun mak yang belikan jugak..mak tau saya suka pakai tudung yang macam ni..tudung ni pun ringan,lembut...selembut kasih mak...mak tau apa yang anak mak suka kan...tudung ni labuh sikit dari yang tadi ^_____^.... 




Ha....yang ni pun mak jugak yang belikan..tp,mak belikan 3 pasang corak dan warna yang sama. Cantikkan... Mak nak tengok saya dengan adik2 pakai baju sama. Hehehe...mesti mak rindukan kami masa kecik2 dulu..sebab waktu kecik2 dulu time raya baju mesti sama. Tima kasih mak..hadiah mak kakak hargai dan sangat2 cantik..sayang semua barang yang mak bagi.. 


Ada lagi tau..hadiah ni seseorang telah berikan kat saya. Tapi saya tak boleh la bagitau siapa..sebab belum sampai masanya lagi...hehehehe... Saya pun tak pernah mintak dan harap apa-apa dari dia. Cukup la dia terima saya seadanya saya. 




Saya dapat bungkusan ni..berdebar-debar nak tau apa isinya.... 





Saya bukak bungkusan tu ada beg ni..wah cantik begnya...tp macam pernah tengok gambar kat beg ni... 


Tiba-tiba...tarraaaaaaa... 




tergelak besar saya....1 set minyak wangi Haiku(AVON)...spray perfume,bedak,deodorant..lagi 1 minyak wangi dalam botol kecik tu..tak tau panggil apa..heheheh..terkejut sangat bila tengok... 


Ada lagi dalam beg tu...tengok-tengok... 




lipstick rupanya..saya bab bersolek ni tak berapa pandai..tapi setakat pakai lipstick boleh la..tapi jarang pakai..lebih selesa tak pakai...hehehe...tapi lipstick ni warna dia lembut je..sebab dia tau saya tak suka warna terang2.. 


Ingat dah habis..rupanya ada lagi 1 barang dalam beg tu...tarraaaa... 




handbag comey ni..cantik beg ni..saya suka...apa sahaja pemberian orang saya suka...^____^.. Terima kasih untuk seseorang tu..kalau dia baca entry ni la... 


Ok lah..ini lah hadiah istimewa yang saya dapat dari insan2 yang saya sayang..terima kasih untuk segalanya...saya sayang semua di dunia hingga akhirat. Moga Allah memelihara hubungan kita semua.....Amin Ya Rabb...

KLIK!KLIK!ENTRY PENA

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...