Thursday, 30 August 2012

PUASA SUNAT ENAM SYAWAL - KELEBIHAN DAN HUKUM


Assalamualaikum.....hari ni ada member opis tanya,puasa sunat 6 ni kena berturut2 or boleh putus2?apa yang sy faham boleh putus2 asalkan cukup 6 hari dalam bulan syawal..tp,tkt jgk kan nk confirm dengan org..sy pun search la internet dulu...jumpa 1 blog hamba Allah ni yg sudi share pasal puasa sunat 6..sy pun copy paste la dari blog http://sahamump.blogspot.com/2011/09/puasa-sunat-enam-syawal-kelebihan-dan.html ...meh la kita baca sesama ya...if ada sapa2 yg nak share lagi kot ada yg terkurang boleh la share erk...sharing is caring....:)

Persoalan Sunat Sebelum Qadha & Qadha campur Sunat

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ’Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).

Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):

(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ... وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.

Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.
Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]
Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.


Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.

Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).
Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:
( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.
Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:
] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]

2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? 

Perbincangan ini menghasilkan dua pendapat.
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah saw” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]
Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (’ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].
قال النووي في شرح مسلم: "وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان."
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?
Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma’rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:
(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.


Wednesday, 29 August 2012

KISAH NABI BERSAMA PEMUDA SYURGA 'UKASYAH

Assalamualaikum....hari ni terjumpa video kisah nabi kat youtube...pas tu tgk la..masyaAllah..mengalir air mata ni...cayalah empunya diri yg wat video ni..mengalir pahala untuk dia sebab share kisah ni...muzik pun agak tenang...lagi la sayu...huhuhu...jom tengok...



Tuesday, 28 August 2012

RIANG RIA RAYA

Assalamualaikum.....

Selamat hari raya.....lama gak tak jenguk blog..bukan apa..masa kurang sikit...tak sihat sama...start raya ke-4 kemarin dah start demam+batuk+selsema...haish...ini lah penangannya makan tak hingat...hehehehe...

Dari raya pertama sampai raya ke-4 malam...tak henti2 makan..makan..makan...g beraya umah saudara mara...kawan2...pas tu umah terbuka lagi...tambah pulak dengan kenduri kawin+kenduri naik umah baru...apa lagi semua bedal la...air ais lagi...hehehehe....

Pape pun Alhamdulillah...seronok raya tahun ni..walupun sambut dengan penuh kesederhanaan,tp kemeriahannya tetap di rasa..ramai tetamu dtg...rasa terkejut jgk tahun ni....masak makan apa pun mesti habis...hehehehe...lemang mak tak sampai kul 12 dah licin..hehehehe..tima kasih semua yg sudi dtg teratak usang kami...:)

Tp..yang ni sedey sikit..kamera tak ada nak snap gmbr...snap guna HP je sekeping dua..hoho....ada la sikit untuk di jadikan kenangan....


NI FAMILY KAKAK KU YANG SULUNG...NAMPAK MERIAHKAN..9 ORANG  CAHAYA MATANYA..HOHO...

NI KAKAK&ABG IPAR KU YANG KE-2...TAPI ANAK2 DIA DOK  KAT RUANG TAMU...HEHEHE...4 ORANG CAHAYA MATANYA....
YANG NI FAMILY KAKAK KU YANG KE-3...BARU SORANG  BUAH HATINYA...HEHEHEHE...
YEAYY...SI ADAM RAYA TAHUN NI DAH PANDAI JALAN...COMEY LA PAKAI BAJU MELAYU DIA...

NI PULAK..KITORANG 3 BERADIK+AHLI BARU..SORANG ADIK IPAR..SORANG ANAK SEDARA LAM PERUT...HEHEHE...TAHUN DEPAN INSYA-ALLAH BERAYA NGAN ANAK SEDARA YANG KE-15 PULAK..AMIN YA ALLAH...4hb 10 due datenya...hehehe..moga semuanya selamat...
Pic mak ngan ayah je tak ada..diorang tak nak ambik gambo..huhuhu...malu katanya..ehehe...tak pa la..ada rezeki tahun depan kita snap gmbr ramai2..eh,lupa2..nak add 1 lagi pic budak comot ni..hehehe..suka benar dia nak pakai baju baru..tudung baru..kasut baru..budak ni jgk kelam kabut nk g semyang raya..siap bertelekung lagi ke masjid..hehehehe.....tak sempat nak snap pic dia kat masjid..*tak bawa hp g masjid...heheheh..ni budak comot+comey...insyirah...

SI COMOT+COMEY



Wednesday, 15 August 2012

DIA DAH PERGI

Assalamualaikum...

Salam ramadhan semua...hmmmm..dalam dok sibuk wat persiapan nk sambut lebaran...tiba2 je hati ni rasa sayu dan rindu sgt...rindu kat arwah atok...tp kat sini kitorang panggil "che"...dah 24 tahun saya raya bersama che..tapi tahun ni..che dah tak ada...che dah kembali ke pangkuan penciptanya...

Rindu tak tau la nk ckp mcm mana...raya tahun lepas la kami semua last kucup tngan dia...walaupun mata dah tak nampak..tp bila salam mesti dia tnya ni sapa..bgtau nama dia terus kenal...bila mintak maaf dia pun nangis sebak..hari raya pertama gi la jumpa dia..bawak kue untuk dia..mak mesti suapkan nasi impit kat che..

Huhuhu..rindunya kat che..tahun ni che dah tak de...tak boleh dah la belikan baju melayu dan kain pelikat untuk che..semua anak cucu rindu kat che...tahun ni kami semua akan g jumpa che..tp hanya melihat batu nisan dan pusara che je la...sob3...sedih nya...

Tapi...walaupun che dah pergi jauh dari kami semua..kmi tak pernah lupa che...kenangan bersama che masih tetap dalam ingatan kami..kenangan main kulit tua che..kenangan suapkan nasik untuk che..kenangan mandikan che..dan kenangan cium dahi che wat kali terakhir...

Kini..dah nak masuk 8 bulan che tinggalkan kami...di usia 94 tahun che pergi tinggalkan kami...che...kami tak pernah lupa untuk kirimkan che Al-Fatihah dan Yasin untuk che...tenang la che di sana..moga che di letakkan di kalangan org yg beriman dan beramal soleh...moga che tenang di sana....kmi semua rindu sgt kat che...AL-FATIHAH...

"HAJI IBRAHIM BIN MAT PIAH"


Saturday, 11 August 2012

KESIANNYA....:(

Assalamualaikum...

Kebelakangan ni tengok kat akhbar..asyik2 org buang bayi....rasa benci..rasa meluat...rasa..mcm2 rasa la..knp la nasib bayi mcm tu...ya ALLAH...jauhkanlah aku dan keluargaku serta sahabatku daripada sifat terkeji tu..amin...kesian sgt tgk nasib bayi2 tu....bayi ni tak salah apa2..dia tak berdosa...anak kan anugerah...haish..tak tau nk ckp apa dah..sedangkan binatang pun syg kat anak dia....cuba korang tgk gmbr2 kat bawah ni...apa perasaan korang???  :(





*Sedih tgk nasib bayi ni...sob3... Kalau ya pun tak nak..jgn la buang mcm ni...bg la kat org....sob3...

Thursday, 9 August 2012

Opocot!!!!Silap Moto Pulak...

Assalamualaikum...



Hai..dah berapa hari dah tak bukak blog...hari ni baru ada masa..baru ni on leave 4 hari...ha...tgk tajuk entry sy...silap moto..hahahahaha...

Macam ni..hari sabtu lepas..4hb/8/2012..masa tu pukul 6.30 petang kat gerik...nak balik umah dah la....masa tu ngan adik..kitorang pun dengan penatnya g la kat moto..nak balik dah la...sampai kat moto kitorang pun isi la dengan sayur nya..ayam nya.mcm2 la dalam raga moto tu..pas tu kitorang pun naik moto tu..

Sekali naik..nak bukak kunci tak boleh..pas tu ckp kat adik nk tolak moto g workshop sebab tak boleh nk bukak kuncinya..sekali check..rupanya g naik moto org lain...hahahaha...moto tu sama color ngan moto sy...semua sama...no plat yg depan tu pun sama..AGY jugak yang belakang je nombor lain...moto kitorang selang sebuah moto je ngan moto tu...hhahaha

Pas tu apa lagi..kitorang pun cpt2 la ambik barang dan lari g kat moto kitorang...ada sorang adik ni dia tgur.."silap moto ke kak?"..pas tu saya jawab sambil gelak.."ha'a..silap moto..moto sama tak perasan"..hahahaha..dia jawab.."takpa2 tak da org nampak.."dia terus gelak...hehehe...nasib la tuan punya moto tak ada..klo dia ada mesti dia kata kitorang nk kidnap moto dia...hahahahaha...lepas siap isi barang cpt2 je kitorang pecut la..maluuuuuuuuuuuuu...hahahahaha....

Hik3...malu....



Thursday, 2 August 2012

AIR OH AIR!!!!

Assalamualaikum...



Hai...hari ni tak de air rupanya kat kawasan ni...sebelum g kije pagi tadi mak mmg dah pesan..hari ni tak de air...org LAP dah inform dah semalam...tp buat2 tak dengar...g kije gtu je..tu la degil sangat....hehehehe...Sampai opis pkul 8.40 tadi ckp la kat opis mate ni kata hari ni tak de air...tp,aku tak de inisiatif pun nk g tadah air untk kecemasan..hahahaha..

Tup2..pukul 1 lebih tadi mula la pakat riuh 1 opis nk buang air la..nak ambik wudhuk la..hahahaha...padan muka..nasib la ada 1 department tu ada air..kitorang pun bawak la botol mineral 1.5liter tu g angkut air...hahaha..kelakar la pulak bila ingt...

Tu la org kata..bnyk buat cara bnyk..sikit buat cara sikit..walaupun dengan berbekalkan air 1.5 liter tu cukup rupanya nk ambik wudhuk.....Alhamdulillah..syukur sgt...

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..semua boleh solat..hehehe..ingt tadi nk kena tayyamum dah..hehehehe...susah bila tak de air...tak de elektrik tak pe lagi..huhuhu..moral value dari kes ni....kena dengar pesanan mak..jgn nakal2 lagi tau...




Wednesday, 1 August 2012

AKU ANAK KAMPUNG

Assalamualaikum....

Tak tau nk tulis apa hari ni..tiba2 teringat nk tulis pasal kampung halaman tercinta...hehehe...ha..yg dok di perantauan tu mesti tak sabar ya nk balik kampung untuk lebaran...

Saya di lahirkan di gerik,perak...anak jati gerik la ni...hehehehe...Alhamdulillah..dah 25 tahun dok kat sini...mula2 kitorang dok kat kg.kerunai....tp skrg dah pindah kat kg.pahat...dekat 5 tahun lebih dah pindah sini...tp masih dalam kawasan gerik...kampung sebelah2 je...hehehehe...

Ingat lagi masa belajar dulu..sebut je gerik..mesti kwn2 tnya...ada gajah tak???tempat komunis kan???santau kan????mcm2 la..sebab tak pernah jejak kaki kat gerik kan..tapi...selama 25 tahun dah sy dok sini sekor gajah pun sy tak pernah tgk..klo kat kawasan banding sana bnyk la..sebab sana kan kawasan pembalakan dan hutan..mmg habitat dia..heheheh...tempat komunis mmg la ya..dulu la kan..skrg dah tak de...bab santau no komen la kan..

Tak tau la nak ckp...rasa syukur pada Allah S.W.T. sebab lahirkan sy sebagai anak kampung....mmg best dok kampung...ingt lagi masa zaman budak2 dulu...mcm2 permainan ada....kwn punya la ramai...mcm2 buah2an hutan kitorang mkn...hahahahaha...

Antara permainan yg sy masih ingt la...main tuju tin,tuju kasut,galah panjang,jenkek(tak tau la betul ke tak ejanya),guli,lastik burung..mcm2 la..bnyk lagi...next entry sy buat untuk permainan ngan buah2an ni erk...panjang sgt klo nk cite kat sini...:)

Yg best dok kg ni sebab nya jauh dari bunyi bising...jalan pun tak jame...tapi klo time raya of coz jame...hehehehe...nyaman...suka la...jom layan gambar...tp..bnyknya gmbr lama la..dah lama snap...hehehehe...cuma yg rambutan tu je gmbr baru..hehehe...

Ni kawasan kebun getah kat umah sy...musim luruh hari tu...hehehehe...

ni la jalan kampung....


Ni jalan nk g umah sy

getah skrap

ni saja la snap..bunga kesayangan mak...hehehe...

this is bunga labu...tp..ayah dah buang dah pokok ni..sebab dekat sgt ngan  rumah...

ini taik ayam punya bunga

pokok pinang

kat kg klo tak de ayam tak sah..hehehe..ayam kampung

ha...ni baru snap..depan umah ni pokok rambutan...

ni tempt feberet anak2 sedara time cuti sekolah..sungai..tp skrg lagi luas  sungai ni..ni pic lama...

ni bunga kopi....wangi sgt...

ni suasana pagi kat sungai...mmg cantik dan nyaman...


Ok lah...sampai sini dulu ya...jumpa kat next entry...raya ni jemput la dtg umah ya...hehehehe...wassalam..


KLIK!KLIK!ENTRY PENA

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...