Assalamualaikum.....
Ha..hari ni dah masuk 7 ramadhan kan...Alhamdulillah..so,kebetulan pulak nk tulis entry pun pasal 7 ramadhan. Hari ni hati tiba2 tertarik nk tgk drama 7 ramadhan.So...apa lagi...log in masuk tonton.com.my la..hehehe...rupa2nya..cita ni mmg best..kisah pengorbanan seorang ibu yg hdupnya susah untuk anaknya....tp yg sedihnya..anak dia tak kenang budi...ya Allah...jauhkanlah aku dari sifat anak derhaka....Ok...jom kita baca sinopsis cerita ni...knp di beri tajuk 7 ramadhan..
Sinopsis Drama 7 Ramadan Slot Samarinda TV3
Drama bersiri 7 Ramadan berkisar tentang Sufiah (Elly Suriati) yang sentiasa menerima pelbagai dugaan dalam hidupnya. Semasa mudanya (lakonan Nabila Huda, Sufiah telah bercinta dengan Mustaza (Roy Azman) dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada 7 Ramadan. Mustaza selalu memaksa Sufiah menjadi pelacur untuk meneruskan kehidupan mereka.
Pada satu ketika, Sufiah dan Mustaza telah bergaduh dan Mustaza telah mencampak anak mereka Iqram sehingga meninggal dunia. Selepas kejadian itu, Sufiah bekerja di rumah anak-anak yatim. Dia telah mengambil anak angkat yang bernama Ramadhani (Fir Affandi).
Sufiah dan Ramadhani tinggal dalam keadaan kekurangan.
Sufiah terpaksa menerima dugaan lagi apabila anak angkatnya Ramadhani menjadi anak yang tidak mengenang budi apabila dewasa. Ramadhani atau Dhani baru saja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti. Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari itu merupakan 7 Ramadan, hari konvokesyen Dhani dan juga ulang tahun arwah anaknya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur tiga bulan, Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara.
Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya. Ramadhani sanggup mencela dan tidak mengakui Sufiah ibunya kerana ingin menjaga hati teman wanitanya Ana (Ana Dahlia). Ana merupakan anak orang kaya. Kerana ingin mengubah nasibnya yang miskin, hati Sufiah selalu disakiti oleh Ramadhani yang kejam.
Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.
Bagaimanakah kesudahan pembohongan Dhani itu? Bagaimana pula dengan rahsia Sufiyya dan kaitannya dengan Ramadhani? Jangan lupa saksikan 7 Ramadansetiap Selasa & Rabu, pukul 10.30 – 11 malam dan setiap Khamis pukul 9.30 – 10 malam.
Barisan Pelakon Drama 7 Ramadan Slot Samarinda TV3
Elly Suriati (Sufiah), Fir Affandi (Ramadhani) , Ana Dahlia (Anna), Tania Zainal, Mustapha Kamal, Sherry Abdullah, Nabila Huda (Sufiah sewaktu zaman muda) , Roy Azman (Mustaza)
2 comments:
sy tengok jugak...semata2 nk pikat pompuan, x nk ngaku itu maknya...si tanggang moden ni..
ha'a kan...ya Allah...tkt kan jadi anak derhaka..nauzubillah..mintak jauh...
Post a Comment