Thursday, 29 December 2011

PERGINYA INSAN TERSAYANG

Assalamualaikum untuk semua pembaca entry ni...


Hari ni saya nak kongsi satu kisah hidup saya yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila...kisah saya kehilangan orang yang saya sayang...orang itu adalah tok wan saya...dia pergi mengadap ilahi pada jam 4.30 pagi 28 Disember 2011 di rumah mak saudara saya.


Kebiasaannya di kawasan kampung saya orang panggil tok wan dengan panggilan "CHE".Jadi,kami semua cucu-cucu panggil che. Saya akan kongsikan kisah hidup saya dengan che. Alhamdulillah...Allah dah panjangkan umur che sampai usianya 92 tahun(ikut I/C).Mengikut cerita,kelahirannya di daftarkan lewat 2 tahun.kira Che meninggal di usia 94 tahun. Che mula mengalami sakit tua sejak berusia 80-an. 


Dia dah tak boleh jalan dan mata pun dah tak nampak.Sebelum ni dia makan,buang air semua sendiri.Cuma kita kena atur bagi dia je.Tapi,2,3 minggu yang lepas...dia dah x boleh makan sendiri..buang air pun pakai pampers..dah tak boleh nak duduk kalau kita tak tolong dia untuk duduk...makan pun orang kena suapkan...orang kena mandikan...tapi,itu la kenangan yang tak boleh di lupakan. Dah menjadi rutin,pegi mana-mana mesti nak beli kuih apa yang lembut-lembut untuk dia makan...


Bila makan ais krim ke..sate ke..mesti ingat dia..sebab itu makan favorite dia...dia dah jadi macam budak-budak kan...suka makan keropok..gula-gula...tak suka makan nasik...malas mandi..macam budak-budak..heheheh...(sedih sebenarnya bila ingat)..


Malam 27hb 12 2011(10.45 malam) saya ngan adik tergerak hati nak bacakan yassin untuk che.Kami pun pergi la kat umah mak sedara.Sampai kat sana mak tengah suapkan che makan.dia makan jugak 2,3 sudu mak kata.Kencing pun dah pakai wayar sebab hari ahad sebelum tu dia mengalami masalah air kencing bertangkung.Kami pun mula baca yassin untuk dia...saya sempat berniat..kalau masanya dah tiba...biarlah Allah menjemputnya dengan tenang...lepas habis baca yassin..kami dok kacau dia...main mata dia..dok panggil-panggil nama dia...main dagu dia..pegang pipi dia yang cengkung...(kurus sangat dia sebab dia tak nak makan,minum pun tak nak)...sebelum balik kitorang pegang tangan dia..dia genggam tangan kami kuat-kuat....itulah sentuhan dia yang terakhir buat kami 3 beradik.Mak pun ambik tangan che dan letak kat pipi mak sambil pejam mata..Allah...tersentuh sangat masa tu.pas tu kami pun balik umah sebab dah dekat pukul 12.00 malam.


Pukul 4.30 pagi pak su call,dia cakap datang la..che dah tak ada..terus tersentap dan terus bangun panggil mak,ayah ngan adik-adik.Mak berlari sambil pesan kat kami semua,jangan menangis..nanti che tak tenang nak pergi.(rumah kami dekat je,sebelah-sebelah).Elok sampai tengok cik,pak su ngan long dah nangis.Pas tu mak pun nangis walaupun dia dah pesan kat kami.Mungkin dia tahan tengok che terbujur kaku.Kelam kabut kami call adik beradik...sambil nangis-nangis cakap pun.kami pegang che,panas lagi masa tu...sebab dia baru pergi kan..pukul 5 semua pegang al-quran dan baca tepi che.


Pukul 7 orang dah ramai datang nak uruskan jenazah.Dah siap di mandikan semua,sampai la saat buat kali terakhir untuk mengucup che.kami semua bergilir-gilir cium che.sampai giliran saya,saya tak dapat nak tahan tangis.tp,bila fikir kesian che kalau air mata jatuh kat dia.kuat kan semangat dan cium dia wat kali terakhir.Lepas je cium terus menangis sebab sedih..bukan tak rela dia pergi..tapi fikir dah tak boleh kacau dia lagi.


Jenazah che di usung masuk ke dalam van jenazah.Kami semua ikut untuk hantar che wat kali terakhir.Kami tengok macam mana che di masukkan ke dalam liang lahad..sedihnya rasa sebab itulah rumah baru che..di bawah tanah..tp Alhamdulillah..dia di kebumikan betul-betul di tepi kubur arwah tok(isteri che).senang nanti kami nak melawat...sekarang tibalah waktu talkin di bacakan.


Imam yang membacakan talkin ialah pak su sendiri(menantu che)...bila dia menyebut "wahai bapak ku Ibrahim Binti Aminah" ( sebanyak 3 kali)...dengar dari suaranya menangis...selama ni dia banyak bersama che...tapi,dia tak dapat nak habiskan baca talkin sebab sedih...bagi pada imam lain yang baca kan...


Sekarang,kami dah tak dapat dengar suara che macam selalu..dah tak dapat mandikan dia...dah tak dapat suapkan dia makan...dah tak dpat belikan dia kuih..dah tak dapat nak pegang tangan dan main kulit tua dia...semuanya dah jadi kenagan...yang hanya mampu kami berikan hanyalah doa untuk che.Che pergi di hari dia di lahirkan...Subhanallah...


Che,semoga che tenang di sana dan di letakkan di kalangan orang yang beriman..berehat la di sana...90 tahun lebih che melihat dunia..sekarang dah tiba masa untuk mengadap yang maha ESA...saat kami juga akan tiba..tp tak tau bila.Jika di izinkan Allah kita akan berjumpa di sana nanti...tidur lah dengan tenang...kami di sini tidak akan melupakan che sampai bila-bila...doa kami akan selalu ada untuk che...
"SELAMAT JALAN CHE....SELAMAT TINGGAL"

IBRAHIM BIN MAT PIAH
1919~2011
DALAM KENANGAN
AL-FATIHAH

DALAM KENANGAN

3 comments:

tamansyurga_87 said...

Al-Fatihah.. Takziah Kak Long dan Keluarga... T_T

the garang said...

takziah.

aBEL Rubella said...

al-fateha buat arwah

KLIK!KLIK!ENTRY PENA

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...