Assalamualaikum....saja nak share 1 artikel yg di copy & paste dari http://bekamdarah-sunnah.blogspot.com/p/amalan-pemakanan-sihat-mengikut-sunnah.html..... seronok rasa bila baca amalan pemakanan Rasulullah ni..tp,knp sy susah nak ikut ya walaupun sy tau khasiatnya..hehehe..jom kawan2 kita sama2 cuba amalkan...
Makanan-Makanan
Amalan dan Kesukaan Nabi SAW :
1. Barli ~ Bagus untuk demam
jika dibuat sup
2. Kurma/Tamar ~ Sabda Rasulullah
SAW, " Rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak
ada makanan.
3. Kismis ~ Mengandungi zat besi
yang diperlukan di dalam darah bagi memastikan oksigen dapat dibawa ke otak dan
bahagian tubuh yang lain dengan lancar.
4. Buah Tin ~ Buah dari syurga. Boleh
mengubati buasir.
5. Anggur ~ Amalan memakan anggur
dapat menguatkan buah pinggang , membersihkan perut dan darah.
6. Madu ~ Al-Quran mengiktiraf madu sebagai 'syifa' atau
penyembuh penyakit, disamping turut digelar sebagai 'raja ubat'. Madu
mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik dan enzim yang
berupaya meningkat daya ingatan serta kecerdasan mental.Sabda Rasulullah
s.a.w., "Barang siapa ingin menghafaz, hendaklah ia minum manisan
madu." Selain itu madu juga didapati berkesan untuk merawat penyakit
mental. Cara terbaik meminum madu adalah dicampur dengan air
suam dan diminum pada waktu pagi .
7. Tembikai (Segala Jenis) ~ Sabda Rasulullah SAW,
"Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada banyak kebaikan. Ia makanan,
minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih
pundi-pundi kencing, menambah air tulang belakang, menghindar sejuk dan
membersihkan kulit.
8. Susu ~ Susu berguna untuk kesihatan
otak di samping menajamkan daya ingatan serta mampu membekalkan tenaga mental
dan fizikal. Tiga unsur utama yang boleh ditemui dalam susu ialah keju, lemak
dan air yang sangat diperlukan dalam tumbesaran otak. Antara makanan yang
dipaparkan di sini, susu boleh dianggap menu yang paling lengkap kerana
mempunyai kelas makanan tertentu seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin,
mineral dan air. Susu mujarab untuk merawat penyakit serta penawar penyakit
lupa. Rasulullah sendiri menjelaskan bahawa susu boleh menguatkan tulang
belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.
Susu yang selalu diminum Rasulullah SAW adalah susu kambing.
9. Cendawan ~ Diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin
Amru bin Nufail r.a katanya, “Aku pernah mendengar Nabi S.a.w bersabda:
Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat istimewa) dan dapat
mengubati mata”Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya, “Aku pernah mendengar
Nabi S.a.w bersabda: Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat
istimewa) dan dapat mengubati mata”
10. Minyak Zaitun ~ Baik untuk rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan , merawat radang perut, mengandungi agen anti oksidan dan anti kanser.
10. Minyak Zaitun ~ Baik untuk rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan , merawat radang perut, mengandungi agen anti oksidan dan anti kanser.
11. Buah Delima ~ Buah delima disebut 3 kali
dalam Al-Quran. Kandungan antioksidannya yang tinggi baik bagi merawat dan
mencegah penyakit jantung, cepat tua dan barah. Juga ada disebut dapat
membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.
12. Cuka ~ Rasulullah SAW selalu meminumnya dengan minyak zaitun. Cuka epal yang dicampur dengan madu lebah juga sangat bermanfaat untuk kesihatan.
12. Cuka ~ Rasulullah SAW selalu meminumnya dengan minyak zaitun. Cuka epal yang dicampur dengan madu lebah juga sangat bermanfaat untuk kesihatan.
13. Badam ~ Jika dimakan dapat meningkatkan kecerdasan
otak terutama untuk kanak-kanak.
14. Habbatus sauda/Jintan Hitam ~ Banyak hadis-hadis yang
menyebut tentang habbatus sauda antaranya; Sabda Rasulullah SAW, "Tetaplah
dengan habbatus Sauda kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala
penyakit kecuali Mati" (hadis Sahih Bukhari dan Muslim)
15. Air ~ Air kosong adalah amat penting kerana ia adalah
sumber kehidupan untuk semua makhluk di dunia ini. minumlah air secukupnya.
Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk kerana akan mudah
mendapat sakit pada hati.