Monday, 31 December 2012

TERIMA KASIH ALLAH

Assalamualaikum...

Hari ni hari terakhir untuk tahun 2012....Alhamdulillah....Allah mengizinkan aku untuk hdup dan terus bernafas di muka bumi milikNYA....syukur...mcm2 kenangan pahit manis yang telah di lalui sepanjang tahun ni...

Tapi...kenangan pahit yg betul2 terkesan di hati Alhamdulillah tak de kot...tp dugaan hdup ttp ada..tp dah tak ingt dah...kenangan indah pulak...yg paling ingt dan tak akan lupa kelahiran seorang hamba Allah yg comey..Nur Tihani Zahra...ya Allah..syukur..syg sgt kat dia...semalam genap umur dia 3 bulan...

Kesihatan pulak...dalam tahun 2012, 3 batang gigi garham telah terkorban...hahahaha..tp..sampai sekarang dah tak de masalah..sebelum ni mengalami masalah gigi reput...dalam hujung bulan 10 pulak kena sakit mata..sehari je la..pas tu sembuh..syukur...demam lak..rasa tak kot untuk tahun 2012...kuatkan kan badan saya???hehehe...mak ayah pulak..Alhamdulillah...sihat2 je..cuma mak je la..awal tahun hari tu semput sebab lelah kan...hope mak ayah sentiasa sihat selalu...2013 mak nak masuk umur 61 tahun...ayah pulak 60 tahun...syukur..mereka masih bersama aku...moga bahagia milik kami selalu...

Adik2 pulak...syakila akan menginjak ke umur 22 tahun..moga menjadi isteri dan ibu yang solehah..semakin hari semakin matang dia...tambah dah ada anak...bangga tgk dia..t'jawab untuk keluarga telah tersemai dalam diri dia..masa sebelum kwin keje umah apa pun tak reti nak buat...tp skrg semua di hujung jari...hehehehe...hidayah pulak...dah nak masuk umur 20 tahun..besar dah...tak sangka kami semua dah dewasa....moga dia berjaya dalam hdup...moga mendapat keputusan yg cemerlang dalam STPM yg akan keluar tak lama lagi...aku pulak dah nak masuk 26 tahun..waaaaaaaa....rasa mcm baru umur 22 tahun...hehehehe...tp rasa seronok jgk sebab dah keja dan dpt tlg family...syukur...moga kami semua di berikan kesihatan yg baik2 dan dpt melaui liku2 hdup dengan tenang...amin...




Saturday, 29 December 2012

BOSAN!!!

Assalamualaikum....

Arghhhhhh...bosannya keje hari ni....kat opis ni tggl 2 orang je...tapi kat dept ni hanyalah daku sorang...mmg ngantuk...nk mengulat CCTV ada..huhuhu..tension la...nk buat keje...keje pun tak de...hehehehe...so,pura2 buat keje la...update blog...touch up sini sikit sana sikit...hehehe...best diorang yg cuti...hehehe..tu la untungnya simpan cuti tahun..mcm aku????12 hari cuti tahun dah habis...last cuti 15/12/2012 yang lalu...

Hadoi...mcm2 kejutan keje kat sini..rasa takut pun ada...mcm2 perubahan ada...mula2..dgr kata nk buang pekerja 20org lebih...pas tu..guard siang tak de dah..tggl mlm je...gate nk guna yg auto...semua pekerja masuk kul 8 pagi termasuk opis..(sebelum ni opis masuk keje 8.45 a.m)...

hadoiiiiii..tension dgr...tapi tu masih dalam perancangan...hope tak jadi la apa yg diorang rancang tu...hehehe..mls nk dtg keje awal...sebelum ni 8.45 a.m...tup3..kul 8 a.m lak..adeh..apa boleh buat keje ngan org....

Mcm mana pun...hope gaji minimum untuk 2013 di laksanakan....kesian la pekerja yang dah berpuluh tahun keje kat sini..gaji rm700 pun tak sampai lagi...hope Allah tlg kami di sini...pa pe pun aku bersyukur..dah nk masuk 5 tahun keje sini...best keje sini..mcm2 pengalaman dapt..manis ada...pahit pun ada..masam pun ada...hehehe...best sebab dekat ngan family..5 mint je naik moto dtg keje...hehehehe..jimat pun jimat..hehehe...mls nk keje kat luar....Ya Allah..harap2 rezeki aku masih di sini...kesian mak ngan ayah...tahun 2013...tggl mak ngan ayah je kat umah...syakila ngan si tihani dah nak balik teluk intan...hidayah nk g jaga adam nur iman kat pahang nun..so...saya jadi anak tunggal la sekejap...hehehe...

Hope..semuanya baik2 je..ya Allah..moga tahun 2013 yg akan menjelma ni...kurangkan la dugaan buat aku dan keluargaku...moga kami sekeluarga bahagia selalu di bawah rahmat Mu ya Allah...amin....





Friday, 28 December 2012

KHADIJAH CINTA ABADI KEKASIH NABI

Assalamualaikum....

Hari ni saja la nk share kisah ngan korang semua pasal 1 buku yg sy baca ni..belum habis baca lagi..tp kisahnya menarik sgt..for me la...buku ni buku anak sedara...pinjam sat kat dia nk baca...buku ni tajuk dia...mcm tajuk post ni la... 
"KHADIJAH CINTA ABADI KEKASIH NABI"...
ya Allah...best jalan cerita dia...mengisahkan kisah kehidupan  isteri kesayangan nabi kita SAW...



Buku ni di tulis oleh Dr.Muhammad Abdul Yamani. Antara isi kandungan dalam buku ni ialah:

*Selayang pandang Khadijah
*Mengapa Khadijah?
*Salasilah Khadijah
*Kediaman Khadijah
*Khadijah semasa prakenabian
*Perkahwinan & keturunan sebelum Rasulullah
*Khadijah penganut agama ibrahim
*Pernikahan yang penuh berkat
*Mengapa Nabi Muhammad memilih Khadijah
*Putera2 Rasulullah daripada Khadijah
*Puteri2 Rasulullah daripada Khadijah
*Khadijah:Potret nyata sebuah keyakinan
*Kehidupan semasa berada di gua Hira'
*Permulaan wahyu,Khadijah dan Waraqah bin Naufal
*Berita gembira
*Khadijah sembahyang bersama Rasulullah
*Pemahaman Khadijah yang mendalam
*Syahidah suci
*Pemergian Khadijah
*Kalung....dan sebuah kenangan indah
*Peringatan kelahiran Khadijah di kalangan penduduk Mekah
*Peranan syair dalam memuliakan Khadijah
*Aku datang dengan kemuliaan
*Hadis mengenai kehidupan Khadijah

Buku ni memberikan sedikit sebanyak mengenai kehidupan Khadijah...Allah..sayu je baca...kalau la Siti Khadijah masih ada lagi..mmg nk sgt jumpa dia..dia di pilih ALLAH untuk menjadi pendamping kekasih ALLAH...Allahhuakhbar...mulianya dia...

"Allah tidak memberikan pengganti untukku yg lebih baik daripada Khadijah.Dia percaya kepadaku tatkala org lain mengingkariku,dia membenarkan aku di kala org lain mendustakanku,dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala org lain meghalang aku,Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan2 lain (isteri-isteri ku)" - Nabi Muhammad,Utusan Allah terakhir.
 Ni lagu Siti Khadijah daripada kumpulan In-Team

Thursday, 27 December 2012

GET WELL SOON DEAR!!!!

Assalamualaikum...

Semalam Tihani kena cucuk 3 bulan....tp kalau ikut tarikh sebenar 30/12/12 ni baru cukup 3 bulan...tp dia kena cucuk awal sebab 30hb hari ahad...sian dia...demam dia....Alhamdulillah...berat pun bertambah dah...masa 2 bulan 4.6kg...semalam timbang dah 5.4kg dah..syukur...moga dia membesar dengan sihat dan ceria..amin...We love u syg...

Dia dah mula mengereng dah...nk boleh niarap dah..tu yg kena dok jaga selalu...bersembang ni tak berenti...sampai penat la...hehehe...lagi 1 hobi dia suka main jari jemari dia..pas tu suka main kain tuala ke...kain napkin dia ke..dia ralit la...sernok tgk dia membesar....



Wednesday, 26 December 2012

26 Disember 2012

Assalamualaikum....

Hmmmm..hari ni dah 26 Disember 2012 dah kan...hari rabu terakhir dalam tahun 2012..ya Allah...rasa baru je di tahun 2012..dah nak masuk 2013 dah rupanya...harap dan terus berdoa agar permulaan tahun hijrah yang lalu dan tahun masihi yang akan dtg akan memberi cahaya yang terang dalam hidupku dan keluargaku....harapan + doa + azam tahun baru :

*Nak perbanyakan amal ibadat kepada Allah...
*Nak sentiasa dan terus belajar menabung untuk keperluan di hari akan dtg..
*Nak selalu bagi mak ayah tersenyum dan bahagia..In Shaa Allah...try my best..
*Nak perbaiki diri untuk jadi lebih baik...
*Nak sayang semua org..tak mo ada sifat mazmumah dalam diri...
*dan...if ada jodoh nk la kwin..hehehehe...





Friday, 21 December 2012

JANJI ALLAH ITU PASTI

Assalamualaikum...

Allah..Allah..Allah..tak tau nk ckp mcm mana..lepas je baca 1 artikel yg di share oleh sorang kwn kat FB pasal kiamat..terus rasa takut..rasa berdosa..rasa mcm2...Allah..tktnya azab Mu...aku dah bnyk berdosa pada mu...korang semua baca la...mmg bnyk manfaat...sama2 kita istiqomah ya....


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit : Pengukir Kata



Thursday, 13 December 2012

HARIMAU MALAYA VS GAJAH PUTIH

Assalamualaikum...

Bola...bola..bola...
Wah..hari ni semangat ni..semangat mlm ni nk tgk semifinal kedua harimau malaya vs gajah putih...fuhhh...berdebar ni..harap2 malaysia tanah air ku ni menang la erk..ada rezeki leh tgk final lak nanti..pas tu final menang leh cuti lagi...ehehehehe...

first time tgk video Ultras Malaya ni..sehati sejiwa ni..mmg meremang la tgk..semua bergabung sama2 sokong pasukan kita..mmg best la..sapa tak tgk lagi baik tgk...best...hehehehe..

ha..ni la video dia...

Sapa la yg akan menang agaknya erk??Harimau Malaya menang...insyaALLAH....^_______^


Monday, 10 December 2012

TETAMU ALLAH!!!!

Assalamualaikum....

Hari ni hati rasa hepi sgt walaupun hnya baru bayangan...hehehe..jiwang pulak erk...Alhamdulillah...tengah hari tadi g tabung haji...simpan duit sikit..duit tabung dah penuh..semalam kira pastu hari ni g simpan kat tabung haji...bukan apa..klo tak wat gtu pakai tak menyimpan la..klo simpan kat tabung haji selamat sikit..sebab tak de kad kan..nk g ambik malu..hehehehe...insyaAllah...klo tak de aral apa2..duit tu mmg tak nak usik...

Pastu amik peluang tu daftar g haji siap2 guna akaun KWSP...akak tabung haji tu pesan suh bgtau kwn2 yg ada KWSP akaun pertama RM1,300.00 dah leh daftar.bawak penyata ngan buku tabung haji...jom3..sapa yg belum daftar lagi....saya dah..^___________^ syukur..teruja pulak tgk akak tu bg slip tahun nama kita naik nk Mekkah..nama saya akan naik tahun 2055..hehehehe...masa tu dah umur 68 tahun dah..tua dah saya..hehehe...pa pe pun..ni la semangat nk kumpul duit nk jadi tetamu ALLAH..insyaALLAH...klo duit penuh awal leh la g awal..azam tahun baru nk jgk simpan duit nk g sana...klo boleh biar la dpt buat ibadat semasa kudrat masa ada...masa usia muda..insyaALLAH...selalu rindukan untuk menjadi tetamu ALLAH di tanah haram...moga ALLAH menerima insan yg lemah lagi hina ni menjadi tetamunya suatu hari kelak...amin...


Tuesday, 4 December 2012

STOKIN OH!STOKIN!

Assalamualaikum....

Hahahaha..tak sempat nk cerita dah tergelak..ni la kisah kelakar hari ni yang terjadi kat opis ni...gelak guling2 kitorang hari ni...hehehehehe..

Al-Kisahnya hari ni dekat surau opis ni..ada 2 org staff kat sini g solat kat surau..sorang ni pangkat adik la kat sini..dia badan kecik je....yg lagi sorang lagi pangkat kakak...dia badan berisi sikit...diorang ni solat sekali la kat surau...yang akak ni siap dulu..pas tu dengan slumbernya g ambik stokin adik tu pakai...dalam perjalanan turun dari surau kakak tu kata dia ckp dalam hati.."knp lain je rasa stokin ni,jarang dah kat depan stokin ni..mungkin terlanggar apa la kot..sebab pagi tadi elok lagi"..dia pun turun masuk bilik dia..

Yang si adik ni trun kat bilik kitorang dok gelak sorang..pas tu tnya la knp...dia kata kakak tu pakai stokin dia...sekali dia nak pakai angkat2 stokin tu besar...hahahahaha...baru la perasan tertukar stokin..hahahahaha...apa lagi..gelak habis la kitorang kat sini..guling2..hahahaha...kelakar la..mcm mana la leh tertukar kan...hehehehehe...


Saturday, 1 December 2012

KENANGAN:PERMAINAN ZAMAN KECIL KU

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..hari ni dah 1/12/2012 dah..syukur dapat bernafas lagi di muka bumi ALLAH ni...hmmmm..tiba2 je teringat sgt zaman kecik2 dulu..rindunya..tak pernah sikit pun lupa zaman kecik2 dulu...masih segar dalam ingatan sampai bila2..if boleh undur balik masa..mmg sy akan pilih zaman kanak2..sebab tak perlu nk serabut fikir apa2 masalah...yg tau main..main..main..makan..tdo..g sekolah..g mengaji...hehehe...hepi sgt2...mcm2 ada..hehehe..tapi...zaman kanak2 sy dalam tahun 90an dulu mana ada PSP,TV,game,lap top semua ni....huhu..tp best sebab bila fkr balik permainan zaman dulu lebih sihat..apa taknya...berpeluh sakan..hehehe..tu yg selalu kena marah ngan mak sebab baju selalu kotor..hehehe..tu la kelebihan jadi anak kampung..mcm2 ada...

Permainan dulu bermusim..kalau musim main guli..g mana pun pakat main guli...klo musim main tuju tin...g mana pun pakat main tuju tin..hehehe..ya ALLAH..bestnya..tak leh lupa la...dalam bnyk2 permainan tu..yg paling best main tuju tin la..ngan tuju selipar(kami kat kg panggil tuju kasut)...hehehehe..antara permainan yg selalu kitorang main dulu...tgk la gambar kat bawah ni...

1.tuju selipar a.k.a tuju kasut

2. tuju kasut

Rasanya..kebanyakan budak2 skrg dah tak kenal permainan ni..huhuhu...ingt lagi main tuju tin kat tepi sungai..sekali selipar yg dok tuju org tu melayang masuk dalam sungai...apa lagi...kena kejar selipar pulak...hehehe....

3.Layang2 @ Wau
*Kami dulu wat guna kertas kajang atau surat khabar je..hehehe..mana ada duit nk beli kertas cantik2...huhuhu..

4. Zero Point a.k.a. blue black
*Klo blue black..nyanyi sakan la...anak kambing patah kaki la...apa la..hehehe...best2..

5.Congkak
*Dulu kitorang main congkak guna buah getah je...kutip buah getah pas tu korek lubang atas tanah bawah pokok2 rendang pas tu main la congkak..tp boleh tgk la kuku jadi mcm mana..hehehehe...

6.Dam Aji
*Yang ni ada lagi kot budak2 skrg yg main dam aji ni..tp dulu kebanyakan org kutip penutup botol minuman tu wat buah dam..ya la..dulu air bergas semua dalam botol kaca tu...sekarang dah jarang jumpa...

7.Galah panjang a.k.a Tol
*Kitorang dulu panggil ni tol..org pekan panggil galah panjang...

8.Main sorok2 a.k.a Jet nusuk
*hahahaha..jet nusuk..tu la kitorang panggil...

9.Lastik
*Ha...jgn ingt budak lelaki je yg main lastik ni..budak pmpuan like me pun ada lastik tau..ayah yg buatkan untuk sy..hehehe..tak tinggal ni..gantung kat tengkuk...hehehe..

10.Guli
*Best la..sapa menang bnyk guli..bawak tin isi dalam tu..hehehehe..

11.Mandi Sungai
*Ha..yg ni mmg tak de musim..huhuhu...dulu klo mak cari sy tak jumpa jgn risau la..g cari je kat sungai..konfem ada...hehehe..i like sgt2 mandi sungai..mak usik la hantu air ke..naga ke..mesti tak jalan punya taktik tu..mandi sampai mata naik merah la..hehehe..tak main la mandi 5 minit..paling kejap 30 mint..hahaha..pernah mandi sungai 3 jam...haahaha...tapi tak sabun la...ekekekekeke....yang bestnya jgk..penapis mak kat dapur selalu la hilang..hahaha..sebab nk g tangkap udang...musim hujan air naik pakat usung pengail pulak nk ngail ikan..mak selalu la perli.."lega la hari ni...tak yah beli ikan,sebab ada org g ngail ikan dah"..hahahahaha....

12.Teng2 a.k.a jengkek
*Yang ni pun best..hehehehe..semua permainan zaman kanak2 dulu best...

Ada bnyk lagi permainan zaman kanak2 dulu..tp yg sy tulis hari ni antara te top game yg paling sy suka..saya main jugak pondok2..masak2 semua tu..tp yg paling terpahat dalam hati semua yg di atas...dan yang paling sy syg....basikal..org lain semua dapat basikal kecik..tp..ayah bagi sy..basikallllllll...jeng3...

Yeayyy..basikal tua a.k.a gerek tua...hehehehe...tp sy bangga dapat basikal ni sebab dia laju..hahahaha..walaupun tak sampai kaki tapi naik jgk....sampai cekap dah..hehehe..rindunya nak naik basikal tua..huhuhu...

Banyak sangat kenangan masa kecik2 dulu...nanti sy wat entry musim buah masa zaman kecik2 pulak ya...hehehe...



Thursday, 29 November 2012

TAK SEDAR

Assalamualaikum...

Hehehehe..dah bersawang ya blog sy ni...malas nk tulis sebenarnya...hehehe..hari ni nk tulis pasal budak kecik ni la..alahai..tak sedar rupanya..esok,30/11/2012 dah genap usia NUR TIHANI ZAHRA 2 bulan..cptnya masa berlalu..rasa dia mcm baru je lahir...hehehe..macam ibu dia pulak ya....

27hb kemarin dia dah kena cucuk 2 bulan..dia kena cucuk 3 hari awal la sebab klinik kat sini hari selasa untuk baby..nurse kata setengah baby diorang akan demam masa cucuk 2 bulan..so,dpt la ubat demam..tp,si Tihani ni tak demam pun..Alhamdulillah..yeayyy..dia kan budak kuat...bnyk antibodi sebab minum susu ibu...hehehe...kena cucuk pun dia tak nangis..wat tak tau je...hehehehe...sebab kan dia kuat minum susu ibu dia...berat badan dia pun dah naik..skrg dah 4.6kg...masa lahir 3.0kg je...hehehe..semoga sihat2 selalu ya syg...

Hari ahad kemarin,bawak la dia ngan ibu dia g kenduri ke syukuran.So,saja la test headband yang acik RAUDHAH hadiahkan untuk tihani masa dia mula2 lahir dulu..try2..laaaaa..dah muat rupanya..tak ketat pun..selesa je dia pakai...hehehe...masa pakaikan tu dia diam je..hehehe..suka la tu...cantik sgt...

Tarra...tihani nk g kenduri dah masa ni...hehehe...comey tak???? :)


Yang ni tak leh buat apa la..dia tak boleh tinggal lama ngan "puting manja" dia tu..hehehe...tok dia kata..dia mcm ibu dia kecik2 dulu la..ibu dia pun tak leh nk pisah ngan "puting manja"

Seronok tgk dia membesar..kalau dulu lepas solat subuh mesti cari bantal balik...tp sejak hadirnya si kecik ni..pas solat subuh tak de dah nk tdo...asyik dok main ngan dia...tambah sekarang dah 2 bulan lagi la kuat dia main..bersembang riuh 1 rumah...senyum bila org cuit2 pipi dia...hehehe..best  sgt2..tp nanti mesti sedih bila dia tak de nanti..masa umur tihani 3 bulan ayah dia nak ambik bawak balik teluk intan dah...huhuhu...sedih la...boleh jumpa sebulan sekali je la...sedih3...pa pe pun syukur pada ALLAH kerana menganugerahkan kami seorang puteri yg sihat..comellll dan tak bnyk perangai ni..hehehe...ALHAMDULILLAH....


Tuesday, 20 November 2012

MEREKA MEMERLUKAN DOA KITA

Assalamualaikum....

Ya Allah..kenapa la hati ni rasa sayu sgt2...rasa tak nak tau dah pasal nyawa2 di tebing GAZA...rasa tak nak tau dah pasal mereka..tp..dalam masa yg sama..hati ni nk tau jgk perkembangan kat sana mcm mana...ya Allah..tak sanggup nk tgk penderitaan mereka..nasib mereka...sayu sgt...sedih...
"GAZA kembali berdarah beberapa hari ini.Jiwa mana tidak terluka,jiwa mana tidak berduka saat saudara2nya di bantai,di tindas dan di hujani dengan ribuan peluru"
Begitulah nasib saudara kita di sana..banyk nyawa yg terkorban...bnyk nyawa yg tak berdosa dah pergi...ALLAH..ALLAH...apa lah nasib mereka..


"Ya Allah..aku bersyukur kerana engkau telah lahirkan aku di bumi Mu Malaysia..negara yang aman dan damai..."

Wahai sahabat semua..ALLAH maha melihat dan maha mendengar...jika KITA semua bersama2 mendoakan untuk mereka..tiada yg mustahil bagi ALLAH...pasti ZIONIS akan terhapus...sy mengingatkan diri sy sendiri dan semua sahabat...marilah kita sama2 agar sentiasa mendoakan mereka selamat di sana...di BUMI GAZA...



Thursday, 15 November 2012

MUDAH TAPI SUSAH

Assalamualaikum semua..

Salam Maal Hijrah..ha..hari ni nk cite pasal biskut..biskut apa???kebanyakan org kata mudah sgt wat kue ni...termasuk la saya...hehehe....first time buat jadi..sampai kali ke-3 buat jadi..tp raya haji baru ni nk buat la..bahan semua ada..sekali resepi hilang..biasa la...org buat kue setahun sekali gni la jadinya....so,apa lagi..wat peraturan sendiri la...hehehe...

Nak tau kue apa???hehehe..cornflakes madu...hehehe...masa raya haji kemarin memandai sendiri kan sebab resepi hilang..g masak mentega dengan gula sekali..apa lagi..keras mcm batu la bila sejuk..hahahaha....pastu dok sorang fikir balik.."knp la aku buat dulu jadi..bila nk buat lagi dah tak jadi"...fikir punya fikir rupanya...kena guna gula kastor..hehehe...apa lagi..gula kastor/aising tadi...ambik gula blend ngan blender kering...pas tu....try masak...Alhamdulillah..jadi...hahaha...

Apa lagi..campur semua bahan..gaul2...bakar..dpt gak dekat 100 bijik...hehehe..insyaAllah ingt dah kot pas ni..tak yah tgk resepi dah kot...hehehehe...tu la..bila dah ada pengajaran gni baru ni ingt...hehehe....

Ha..ini je yg tggl..hehehe..tak sampai 2 hari licin...hahaha...tu la...fikir mudah tak semestinya mudah..buat baru tau mudah ke susah...hehehe....

Wednesday, 14 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah..kita masih dapat bernafas lagi hari ni..hari2 terakhir di tahun ini..insyaAllah.. beberapa jam lagi kita akan sambut tahun baru..apa azam kita tahun ni????azam tahun lepas mcm mana???hope amalan yg di angkat di terima di sisi ALLAH S.W.T.

Jom sama2 kita baca doa akhir tahun dan awal tahun nanti...


Doa ni saya copy paste kat fb Ustazah Firus..juara ustazah pilihan tu...hehehe..

Ok lah..moga ALLAH permudahkan urusan kita semua...moga kita semua dpt berubah ke arah yg lebih baik kan..amin...

Tuesday, 13 November 2012

KINI BERWAJAH BARU!!!!

Assalamualaikum....

Dah lama tak de entry baru kan...tak tau nk cite apa...hehehe..hari ni deepavali kan..hepi deepavali untuk yang sambut deepavali hari ni erk...huhuhu..org lain semua cuti..tp,company sy kije je yg tak cuti..hehe..tp mmg tenang la hari ni..telefon pun diam je tak berbunyi.....semua org tak sibuk(HQ cuti..so,tak de org kacau)..hehehehe...

Di kesempatan tak de keje ni apa lagi..sy ambik kesempatan untuk touch-up blog ni..hehehe...hari ni try wat header sendiri..sebelum ni mintak tlg org buatkan...hehehe...sy guna picasa+photoscape...ini lah hasil yg tak seberapa...


Nanti nk belajar wat header lagi la..hehehe..biasa la..budak baru dok bertatih..kejap2 jatuh...huhuhu...hari ni jgk blog dah ada lagu..lagu opick la yg paling sy suka..hehehe..kumpulan sigma ada...in-team ada..mestica pun ada..harap korang sudi la dengar erk..klo tak nak dengar ttp telinga..hehehehe...untuk kali ni nk try guna SCM Music Player pulak..klo korang nk try boleh la..klik kat SCM blog sy tu..pas tu ikut 3 step yg dia bg..best lak rasa..dia auto play..pas tu leh pilih nk lagu apa...hehehe...

ok lah..tak larat dah nk taip...jam pun dah menunjukkan dekat pukul 6 dah..kena balik..nanti tkt mak riso pulak..ya pun rindu kat si tihani ucuk tu...hehehe..ha..ni pic tihani yg agak terbaru..dah botak dia...

tarra....sy dah besyar...hehehe..rindu kat tihani..syg dia...ok lah..sy balik dulu..Wassalam... ^____^



Tuesday, 23 October 2012

JOM MASAK

Assalamualaikum... salam syg untuk yg tgk entry ni...

Ha...hari ni sy ngah rajin untuk search 2,3 resepi berasaskan daging...hehehe...ya la...2,3 hari lagi dah nk aidiladha...so...mcm biasa la...mcm setiap tahun...mesti penuh daging dalam peti sejuk tu..sampai tak de space kan....hehehe...

So,tu yg ringan tgn nk cari resepi..buat ke idak ke..tak tau la..yg penting ready kot rajin...tp cari resepi untuk org mls mcm sy je la...heheheh...ok..resepi yg pertama...daging goreng kunyit..sebenarnya..dah pandai dh wat daging ni..sebab selalu tlg mak buat dah..tp saja la cari gak sebab dia ada tambah bahan lain...apa bahan nya...jom tgk..tp semua resepi ni sy copy paste dari www.myresepi.com



DAGING GORENG GARAM KUNYIT


Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 200-300gm daging mentah
  • serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
  • minyak masak
  • bawang merah 2-3 biji dimayam
  • bawang putih 1 biji dimayam
  • bawang besar (kulit kuning/oren) 1 biji dimayam bulat
  • lada merah 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong
  • optional: kacang panjang yg telah dipotong atau kicap manis cap kipas udang

Cara-cara:

  1. hiris daging (ikut kebiasaan masing2, jgn terlalu nipis atau terlalu tebal)
  2. perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit
  3. panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat dan kemudian masukkan daging perap ke dlm kuali. 'goreng' daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging 'masak'
  4. apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
  5. apabila warna daging berubah dari warna yg pudar kpd warna yg gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam tadi. goreng hingga layu. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing
  6. apabila semua garing, lauk sudah siap. hidang dgn nasi panas atau makan dgn roti. cicah dgn budu dan makan dgn nasi panas lagi sedap yum yum
  7. variasi lauk ini #1: tambah kacang panjang yg dipotong ketika menggoreng, sebelum dihidang. ada org masukkan carrot, bunga kobis ataupun kobis
  8. variasi lauk ini #2: sebelum selesai menggoreng, masukkan kicap manis cap kipas udang dan gaul rata. variasi ini menjadikan lauk ini menjadi daging goreng kicap


DAGING HITAM MANIS


Bahan-bahan ( 6 orang ):

  • 500g daging - dihiris nipis
  • 1camca teh serbuk kunyit
  • garam
  • 200ml minyak masak
  • 7 bj bwg merah *
  • 5 ulas bwg putih *
  • 1/2 cwn kicap pekat
  • 1/4 cawan cuka
  • sedikit gula
  • 3 sudu teh lada hitam -ditumbuk
  • 2 labu bawang besar- potong dadu
  • 3 bj cili hijau dan 3 bj cili merah
  • * ditumbuk bersama
  • 60g halia*
  • Cara-cara:
  1. Perap daging dengan kunyit dan garam lehih kurang 15 minit
  2. Goreng daging kira-kira 5 minit
  3. masukkan bahan yang ditumbuk bersama2 tadi dan masak hingga masak
  4. bila daging dah masak masukkan kicap, cuka, gula dan lada hitam. biarkan masak
  5. akhir sekali masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Taraa siaplah. boleh dimakan.


Dua dulu cukup la..ada lagi 1 resepi bergedil daging..yg tu BFF yg share...tq Matun...nk balik lunch dah...tgk benda mkn mmg cpt lapar... :D

KLIK!KLIK!ENTRY PENA

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...